BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, February 25, 2012

...Perutusan Hati...





Buat ........ ( dia yang pernah menyetuh hatiku), 


Terimalah perutusan hati tak terluah yang terpendam jauh di lubuk hati yang terdalam. Saatnya perutusan ini dititipkan, saya masih lagi disini. Masih melindungi segalanya yang ada disini. Masih memelihara segalanya agar kekal begini. 





Awak,



         Andai suatu hari takdir membawa awak menjengah kembali teratak ini, (walaupun waktunya sudah terlalu lama sehingga awak telah melupakan semua). Saya tetap berdoa semoga masanya akan tiba. Andainya doa ini ter'maqbul' kelak, dan terbawa hati awak kemari, saya mahu awak tahu, segala kekecewaan dan amarah yang pernah tersimpul, kini terlucut, terlerai. 



       Saya telah redha' dengan taqdir kita. Kita tetap masih bersaudara. Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui segala yang telah Dia tentukan. Dan dengan penuh kerendahan hati,  saya mohon maafkan segala kekhilafan dan kejahilan saya di masa silam. Maafkan saya, awak.






 Salam Sayang,



1 wanna say something? :

Anonymous said...

ada kala jarak tak membeza apa pun..jarak tak memisahkn saudara, tak bermakna lupa..mungkin masih ada,cuma terhalang waktu. semoga apa yang awak doa kn termakbul. amin