BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, May 25, 2013

...Tinta buat Arisa...

Assalamualaikum Saudari Arisa,


Terima kasih berkunjung ke teratak saya, selepas saya terima komen dari sis, saya segera  mengikuti jejak yang sis tinggalkan. Rupa-rupanya kita berjiran,  cuma kulliyyah berlainan.  Salam kenal saya hulurkan :).

Waktu saya sedang meneliti blog sis, saya sampai ke sebuah entri seakan catatan peristiwa. Saya meneliti dari satu tarikh ke satu tarikh, menghayati dan menghadam penulisan anda. Perasaan saya makin cemas, risau jika ‘ending’nya akan mengundang kesedihan. 

Jangkaan saya ternyata benar.Sampai disuatu perenggan :


"Jam 12.30,Abg Dey trus ajarkan syahadah, kemudian, doktor sahkan, ayah meninggal jam 12.15 18th October 2012.."

Air mata saya benar-benar tak terbendung . Tumpah membanjiri wajah. Takziah sister.

*sigh*


Saya memahami apa yang anda dan sekeluarga tanggung, walaupun cerita kita tak serupa, kesedihan kita hampir sama. Kehilangan seorang ayah yang kita kasih, tapi kasih itu tak sempat kita pamerkan atau kongsi bersamanya.

Membaca kisah sis saya rasa terjeda. Saya terbawa kembali detik berdepan dengan keadaan hampir serupa, tika sakaratul maut menjemput Abah
 
Arwah Abah meninggal waktu saya sedang sibuk menduduki SPM. Waktu itu hanya saya yang mengesahkan kematian Abah. Waris yang lain semua berada jauh, jadi agak lambat tiba dihospital.  Abah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Arwah dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu wanita berkereta kancil berwarna putih. Saksi di tempat kejadian yang menyaksikan adalah seorang sahabat, katanya, badan arwah melambung ke udara dan terhempas ke jalan raya. Doktor sahkan tengkorak Abah retak. Abah meninggal di tempat kejadian.

Waktu itu saya bersama adik yang masih kecil, berdua menghadapi berita itu, serasanya seolah tak percaya. Sewaktu doktor mengatakan "Maaf, kami tak dapat selamatkan arwah", waktu itu hanya mampu saya ungkapkan  "Drama ke ni?"

-Astagfirullahalazim.-

Saya tergamam. Gamam dengan kejutan yang maha besar.  Kejutan itu bawa hingga keseminggu. Saya tak memahami dan tak mengerti apa yang berlaku. Sehingga suatu malam saya bermimpi arwah Abah sedang dimandikan dan dikapankan. Saya menjerit dan tersedar. 

Dari baring, saya segera duduk di katil, saya tenangkan diri dan mengatur pernafasan. Saat bertenang itulah baru otak ini dapat mencerna yang Abah telah tiada. Kesedihan menghempuk seluruh diri. Sejurus itu juga saya rasa dunia berputar laju, atap rumah seakan menghempap tubuh. Saya sesak nafas dalam tangisan yang bersungguh-sungguh.

***

Sejak kecil Abah memang tak banyak bercakap dengan anak-anak. Sikap beliau memang pendiam sejak dulu. Hanya ibu yang jadi penterjemah bahasa kepada kami. Ibu memang memahami dan arif dengan setiap riak wajah, kerutan dan bunyi isyarat dari Abah. Setiap satunya punya maksud tersendiri. Jika Abah mendengus tanda marah, jika berdehem panjang tandanya beliau sedang memerli anak-anak dan Ibulah yang selalu menjelaskan pada kami apa yang Abah mahu, larang atau suka.

Siapa sangka Abah pergi begitu. Manusia jarang beringat sebelum terkena, memang saya tiada persediaan menghadapi hari itu. Saya tak jangka kerna arwah Abah sebelumnya memang sihat tubuh badan. Rahsia Tuhan siapa tahu, mati itu rahsia.

Bismillahirahmaniraheem..

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.".  (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 255)


Saya tak sempat bermanja seperti anak-anak yang lain, tak sempat buktikan yang saya sayang Abah sangat-sangat.


Abah, anakmu ini merindu,
Salam sendu salam syahdu dari anakmu,
Saya akan sentiasa mendoakanmu.
-Al-fatehah- 



In Memory
Mat Zain Bin Taib Ismail
1954-2005


3 wanna say something? :

MG Hanan said...

Alfatihah..kata orang sebesar2 anugerah..ialah masih boleh memanggil "abah"

MG Hanan said...

Alfatihah..kata orang sebesar2 anugerah..ialah masih boleh memanggil "abah"

arisa said...

terima kasih, ada post khas utk sy..byk2 terima kasih lg utk doa sis utk sy terus tabah.

maafkan sy, buat awk terkenang satu fasa dlm hidup awk yg buat awk sedih. :) semoga awk juga terus tabah

p/s: selamat berjuang dalam final exam x kira walau apa pn perasaan kita sekrang..

salam