BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, October 23, 2009

... 1, 2, 3, 4 ...

(satu)

Seorang kawan menegur, tentang sikap saya terhadapnya akhir-akhir ini. Katanya, "Dengan orang lain tak ada pulak (ayat) kasar. Lemah lembut je. Dengan saya bukan main lagi". Saya akui semua yang dia katakan itu, betul. Ada sesuatu yang terbuku dalam diri. Saya marahkan orang lain, tapi kawan saya itu yang jadi mangsa, jadi tempat saya melepaskan rasa tak puas hati. Saya telah minta maaf, tapi rasa bersalah itu tak hilang sekelip mata.

(dua)

Setiap hari saya menulis, menaip sesuatu, semuanya hanya tersimpan. Kalau semuanya boleh dijadikan entri, tiap-tiap hari blog saya akan ada entri baru. Blogspot pula entah kenapa, susah sangat nak log in. Ada kaitan dengan cookies, javascript and whatever, yang dah dibetulkan, tetapi selalu menghampakan. Masa-masa beginilah semuanya bagaikan serba tak kena. Seperti di saat kita mahu seseorang untuk mendengar, malangnya semua orang ada hal masing-masing. Seperti di saat kita mahu menitip emel, terasa seperti begitu banyak yang ingin diluahkan, namun jari jemari seperti kaku. Beku seperti perasaan kita sendiri.

(tiga)

Ada waktu-waktunya, saya lebih suka untuk membisu seribu bahasa. Kerana, bila banyak berkata-kata, akan mengusutkan lagi sengketa. Lagipun saya fikir, orang yang berkata dan menuduh itu tidak kenal diri saya sepenuhnya. Maka, haruskah saya kisah dengan kata-katanya? Saya anggap, bila saya tidak kisah, bila saya diam dan mengalah, bila saya telah minta maaf, bila saya telah redha. Semuanya akan hapus begitu saja. Habis. Tamat. Putus. Rupanya tidak semudah itu. Sebab, ia masih belum pergi, masih lagi muncul, berlegar di hadapan saya. Cukup-cukuplah menghiris hati ini. Tak perlu lagi datang menambah luka, atau merawat luka dengan penawar yang belum tentu berkesan. Kamu benci saja saya selamanya, itu lebih baik. Saya tak mahu kamu ada bila hati kamu suka dan sesal, dan menjauh bila bengang dan meradang. Tali yang terputus ini. Adalah kerana kamu cantas dengan pisau yang ada di tangan kamu. Ketika saya memegangnya. Kerana tajamnya pisau, tangan saya, turut luka. Menitiskan darah duka.

(empat)

Terima kasih. Ahlan. Untuk yang selalu ke sini. Kalau saya lama tak update selepas ini. Ada dua sebab. Satu, saya memang taknak update. Dua, sebab saya tak boleh log in Blogspot.


0 wanna say something? :