BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Wednesday, May 22, 2013

...kongsi.simpan...



Saya punya  tabiat gemar menyimpan barang-barang kenangan samada yang dibeli sendiri mahupun pemberian orang. Barang-barang ini bagi saya penuh dengan nilai sentimentel yang tersendiri. Dibalik setiap satu  punya kisahnya yang tersendiri.

Namun berbeza bagi sesetengah individu. Menyimpan barang lama membazir banyak ruang apatah lagi menyimpan barang-barang yang fungsinya sekadar hiasan.

Tetapi hal itu tidak pula menjadi masalah besar kepada saya. menyimpan juga harus kena caranya. Jika molek kite mengurus dan menyusun atur barang-barang ini, ia seharusnya tidak menjadi masalah.

Selalunya diwaktu senggang, saya ambil sedikit masa untuk membelek-belek barang simpanan saya.
Pelbagai jenis, saiz ,warna dan pelbagai gunanya. Ada yang murah, mahal dan ada juga yang langsung saya tidak tahu harganya. (saya tidak pernah pula bertanya kepada pemberinya). 





Bagi saya harga itu tidak penting dan barang-barang ini tidak harus di 'grade' mengikut harga atau fungsinya. Hal ini kerana saya menganggap tiap-tiap pemberian itu adalah hikmah perkongsian yang menggembirakan. :)

Berkat disebalik keikhlasan.

0 wanna say something? :