BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, October 30, 2009

... kelikir hidup ...

Hari ini sengaja saya mahu mencatat sesuatu yang belum pun berlaku. Mewujudkan ruang persoalan dan berkongsi gelodak rasa. Saya bakal berdepan dengan 2 ujian yang keduanya maha penting buat saya. Pertamanya saya bakal melalui ujian penilaian semester dan keduanya ujian yang begitu asing sepanjang tempoh 2 abad.

Satu: Ini adalah peluang saya untuk melakukan yang terbaik. Tanggungjawab dan impian. Doakan saya. :)

Dua: Saya takut untuk menghadapinya. Wujudnya dua pilihan. Bagaimana jika nantinya saya tersalah membuat pilihan? Bagaimana jika kedua-duanya bukan pilihan? Akan adakah nanti yang terluka? Yang pastinya hati ini lebih diguris rasa..


Ya Allah, bantulah hati itu, tunjukkan dia dengan jalan-jalan dan pilihan-pilihan yang benar. Berikanlah hidayahmu supaya nantinya tidak tersungkur dia dengan pilihan-pilihan yang ada. 


2 wanna say something? :

mamai said...

ada banyak cara untuk membuat pilihan, mungkin kita boleh mohon petunjuk dari allah dengan solat sunat istikahrah dan yang terakhir itu kita tawakal

tetamu said...

ya.. itulah yang sebaik2nya, tq mamai