Seorang gadis terfikir : Mungkinkah pelayan itu akan ingat wajahnya suatu hari nanti. Seorang gadis yang selalu datang makan di situ seorang diri. Selalu memilih untuk duduk di meja tepi dinding. Selalu memesan menu yang sama. Bila kad menu dihulur, gadis tetap melihat. Walau dia sudah menetapkan keputusan, apa yang hendak dipesan.Mana perginya lelaki itu? Lama tak nampak.
Gadis teringat suatu masa dulu. Ketika gadis selalu ke Pejabat Pos untuk membeli setem, menimbang surat. Lelaki di kaunter setem itu ramah menyapa "Lama tak nampak? Tak hantar surat lagi ke?". Gadis kadang rasa lucu bila teringat telatah lelaki berambut tegak-tegak. Kelam kabut semacam.
Seorang gadis terfikir : Berapakah agaknya umur lelaki Cina ini. Sebaik saja gadis melangkah masuk ke kedai kecilnya. Mencari majalah dan akhbar. Pasti lelaki tua itu akan tersenyum. Kemudian menegur "Lama tak nampak?". Gadis hanya tersengih. Lelaki Cina berkata lagi. "REMAJA baru ada. You tak mahu? Dulu you selalu beli REMAJA".
Seorang gadis terfikir :Ayat "Lama tak nampak", rupanya sesekali berupaya menceriakan hari-hari rutin yang sepi.
Thursday, October 22, 2009
... "lama tak nampak?" ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 wanna say something? :
pembuka ayat untuk beramah mesra..salam ziarah
ye. betul la tu. mungkinkah sesuai saya guna kan kata-kata itu untuk menyapa atau beramah mesra dengan mereka yang saya kenal buat pertama kali?
saya : hye mamai, lama tak nampak? hehe..
Post a Comment