BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday, October 19, 2009

... saat kau meluah rasa ...

4.30am 19.10.2009
R&R : Genting Sempah

Achik : Hampir sebulan saya memikirkan masalah ini. Senak kepala bilamana dihadapkan dengan pilihan.
Takut andai tersalah pilih, saya kecundang.

Kalau ditanya tentu saja saya mahu memilih keduanya. Saya mahu bahagia. Tapi saya tahu tak mungkin saya mampu miliki keduanya.

Yang disini sentiasa ada bersama saya,  keletah ragamnya sudah cukup saya kenal. 3 tahun kami bersama.

Namun hati saya seakan beralih arah pada yang disana. Kepada dia yang datang dari masa silam saya, kehadirannya cukup menyentuh emosi. Sungguh saya rindu.



Gadis : Kekeliruan kamu tentang masa dan pilihan membuat kamu buntu. Mungkin terlalu lama bersama memujuk kamu mencari sesuatu kelainan.

Kebahagiaan yang kamu cari sebenarnya ada dalam diri kamu. Terpulang bagaimana kamu mencoraknya. Biarkan sesiapa pun muncul dari masa silam kamu. Kerana mereka hanyalah kenangan.

Berpeganglah pada apa yang kamu ada. Ciptalah sejarah bahagia kamu hari ini bersama sidia. Lagipula kamu sudah cukup terbiasa tanpa kehadiran mereka selama hampir 3 tahun. Sedangkan si dia adalah nadi hidup kamu sekarang ini.

Jangan diasak diri kamu dengan pilihan yang tidak nyata. Berjalanlah seiringan dengan si dia, bersiulah lagu-lagu cinta. Semoga kamu ketemu bahagiamu.


......................................................................................................

Kawan, Ini fikirku tentang pilihan yang ada.


Aku tiada pilihan. Kau ada banyak pilihan. Itu bezanya kita.

Kawan, bila pilihan yang kau mahu itu hilang, ku kira kau masih bertuah, kerana kau tetap ada pilihan yang lain. Pilihan yang memang sedia menunggu. Kau tidak perlu susah payah mencari. Semuanya datang sendiri. Biarpun bukan yang kau mahu. Tetapi, sekurang-kurangnya kau masih ada pilihan lain, bukan?

Aku? Aku hanya ada satu pilihan. Itupun aku tidak pasti selama mana aku mampu memegang pilihan itu. Kau pun tahu, pilihan kita tak semestinya sama dengan apa yang telah Tuhan pilihkan untuk kita. Aku cuma harap, bila Tuhan ambil pilihan yang aku ada ini, DIA tak ambil masa yang lama untuk berikan gantinya.

Selalu ada peluang untuk memilih, atau sentiasa jadi yang terpilih. Yang mana satukah kau pilih?


 

4 wanna say something? :

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

awakk... sekali lagi sory...
saya memang salah paham..

macam ni..

first awak pegi kat costumize
pastu ambik kat blog post..
edit la kat situ

kat tempat kotak2 tu

Tuan Rumah said...

tq bulan, kamu sememangnya baik hati

Nur Laili Binti Iswan said...

hurmmm...yup...betul...sepatutnye begitu, berpeganglah dengan apa yang ada pada kita pada masa sekarang. Bukan mencari masa silam yang hanyalah kenangan. Besar mana kasih, cinta n sayang tentang masa silam, sebenarnya, sejujurnya, sesahihnya, bukan kembali jalan terbaik. Si `sahabat` yang bercerita itu mungkin keliru, kerana masa silam yang hadir terlalu hampir dalam dirinya, bersama, bergurau, bergaduh, sehinggalah berlaku yang buruk dalam masa silam itu, tanpa diduga. Dia sepatutnye berdepan dengan masa hadapan yang sedia ada menunggu...tapi...bagaimana jika masa silam itu langsung ta boleh dilupakan...apakah perlu bertahan dengan rasa yang ada, atau lupakan segalanya, berkorban sesungguh2nya demi hati yang ada di masa hadapan...susah kan ??? itulah yang kami berdua rasa tentang hati kami...tapi tak mungkin ada yang faham...kerana...kesilapan masa lalu terlalu jauh sehingga kami sendiri keliru dengan masa depan yang kami sedang lalui...life is not easy to understand lebih2 lg tentang rasa cinta yang diberi...ta sedar siapa yang pertama...tapi dia, si `sahabat` yang bercerita dengan tuan rumah, terlalu melekat dalam kehidupan saya...bukan mudah untuk melupakannya walaupun sejuta kebencian dah ditaburkan...hurmmmm

Nur Laili Binti Iswan said...

tuan rumah,
saya pasti awak kenal saya,
walau sekali bertemu wajah,
tapi dengan atas perkenalan sidia yang selalu sangat bercerita tentang tuan rumah,
saya rasa saya tidak punya siapa lagi untuk menceritakan kekeliruan yang berlaku,
mungkin kita tidak rapat, tapi kisah saya dan dia mungkin terlalu familiar di pendengaran n minda...
silapkah kami dengan ikatan ini ???
harus dihapuskan kah cinta yang terjalin ??? Kasih yang memang tersimpul semenjak bertahun lagi...bagaimana lagi kami ingin lalui benda ini ??? silap kami kah ??? saya keliru...dea cinta pertama...walau sejuta kesilapan, walau saya engat dea lah punca kemusnahan satu tika dulu, dea tetap ade tempat n rupanya tempat dea ta berusik...bagaimana tuan rumah ?? kami da terlanjur menyintai, saya ta nak lagi kehilangan dea, begitu juga dea. tapi si dea yang ada di depan saya sekarang, mula memujuk diri, mula meminta peluang...mula mencari kasih...bagaimana pulak si dia yang saya cintai sejak sekian lama...bantu saya, tuan rumah.Saya ta mau melukakan hati kedua2nya walau saya penah disakiti.Di kanan,si dia yang hadir sebgai cinta pertama, orang yang mula2 menyebabkan saya lupakan segala hasrat dalam dunia normal, tapi di kiri, si dia yang memberi semangat, yang mengharapkan saya berdiri bersamanya di masa hadapan...bantu saya, tuan rumah...