BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday, October 12, 2009

... tentang ku yang tak mampu menangguhkan waktu ...

Di sebalik kata "tiada apa" sebenarnya "ada beberapa". Entah kenapa aku memilih untuk menyembunyikan rasa. Walau ada ketikanya, aku begitu memerlukan seseorang untuk mendengar.

Mungkin aku yang tidak tahu untuk bermula dari mana. Mungkin aku mahu kau sungguh-sungguh bertanya. Mungkin juga aku bimbang, bila aku mula bersuara, empangan airmata ini akan pecah, melemaskan seluruh perasaan.

Kerana itulah aku hanya tersenyum, berkata "tiada apa" dan melarikan pandangan. Jelas bukan, itu semua satu pembohongan? Apa kau masih sudi, mendengar dengan teliti, cerita picisan tentang perasaan? Tentang gerhana hati tak berkesudahan? Tentang harapan yang samar bayangan?


0 wanna say something? :