BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, October 23, 2009

... untuk dia yang masih belum ditemukan...

Waktu sendirian begini, saya mula (sengaja) berfikir jauh melepasi batasnya. Tertanya, bagaimanakah nanti saya dengan ;________ (sila isi tempat kosong).

Sudikah nanti dia, mendengar cerita-cerita saya. Pertanyaan-pertanyaan kecil saya. Kerisauan dan kemusykilan hati. Tentang apa yang saya prihatin dan rasa ianya penting. Tentang apa yang terlintas dalam fikiran, menjadi persoalan yang mahu didengarkan.

Sudikah nanti dia, menemani saya berjam-jam di kedai buku. Melayan rasa teruja saya tanpa jemu. Kerana terlalu banyak buku menarik untuk dimiliki. Kerana kedai buku adalah syurga dunia bagi saya. Kerana diri lebih mudah dipujuk oleh buku berbanding coklat dan bunga.

Mengertikah nanti dia. Saya ini adakalanya, memerlukan sekian-sekian waktu untuk memberikan pandangan, jika ditanya soalan serius tentang kehidupan. Hatta kala saya menggosok gigi, atau ketika melarutkan gula di dalam air pun, saya memikirkan jawapan.

Mengertikah nanti dia. Saya ini adalah teman memandu ''paling senyap dalam dunia''. Kerana sering asyik dengan pemandangan. Kerana lebih suka mendengar dari bercakap. Kerana suara saya sumbang untuk menyanyi. Kerana saya kurang arif berbicara tentang politik negara. Sudikah nanti dia, mengertikah nanti dia. Untuk selama-lamanya?





2 wanna say something? :

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

sob sob seb sob seb..

sedihnya....

Tuan Rumah said...

angan-angan je tu bulan