BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Monday, November 16, 2009

...dulu & kini...

dulu
kau ku ibaratkan kertas tisu
(simbolik pada seorang gadis manis
memegang tisu)
yang hadirnya melegakan setiap tangis wanitaku

kini
kau masih lagi ku umpamakan kertas tisu
(cuma kebergunaanya sedikit berbeza)
tempat melampiaskan hingus
kemudian dibuang
tak usah lagi dipandang
jijik


*berkata saya sendiri : hati bila terluka, sayang menjadi benci, saudara bermusuhan, puisi tak lagi indah berbunga, yang tinggal cuma dendam dan kata-kata kasar yang menambah parahkan luka di jiwa

....................................................................................

...hati...

adalah seketul darah yang beku
si beku yang punya rasa punya deria
katanya hanya satu
AKU

datang waktu bicaranya
akal yang diam hanya mentafsir
denyut nadi jantung
debarannya mengikut alunan
sekujur tubuh bergetar antara ria rasa duka rasa

walaupun akan surut jua air peristiwa
tapi detik ini maha penting
saat-saat ini menjadi ruang
untuk makna dan pilihan

3 wanna say something? :

i'msosupernotcool said...

thx 4 vstg my page..
nice blog..

salam perkenalan...

Benny said...

mungkin sakit itu dpt saya rasa walaupun sy terkadang merasakan diri sy tidaklah selayaknya mengakui sy adalah kawan kamu (mungkin kerana sy sering menghilang bagai buih di pantai) ttp tetap sy terasa.

sedetik di hati sy bertanya, di mana sy ketika ini dan mengapa sy tiada di sana bersama kamu ketika kamu melalui transformasi sayang kepada benci.

kerana sy juga seorang manusia (yg lemah dlm menafsir kata hati sendiri), jujur sy akui sy juga pernah alami situasi ini. dan ketika hati ini masih terluka dan berdarah, masih lg mampu tersenyum kerana ternyata dia lebih lemah dlm menilai dirinya sendiri.

mungkin ketika entri ini ditulis, sakit itu masih ada,perit itu masih ada, benci itu masih ada. tpape gunanya hati kalau tak disakiti? lumrahnya manusia, sakit tu sementara tp sisa sakit tu buat kita lebih kuat merentas esk.

dan ketika ini sy membayangkan jika hidup sy senang sentiasa. tiada yg menyakiti, maka tidak gugur airmata, tiada rasa sedih dan benci apatah lagi rasa marah dan dendam. mungkin hidup sy lebih tenang, tp adakah kehidupan sy itu masih di kategori atau sub-kategori sebagai normal?

Tuan Rumah said...

tq kawan.. (to both of u)