BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, January 22, 2010

... betul ...

saya setuju sangat dengan kata-kata 'seseorang' : Mungkin suatu hari nanti. Bila kita berkenal-kenalan dengan orang. Kita tidak lagi ditanya "Apa nombor telefon awak?". Kita akan ditanya "Awak ada blog?". Kalau saya ditanya soalan itu. Saya pasti menjawab "Tiada".



Saya selalu rasa janggal. Seandainya orang yang saya kenali bukan melalui blog, tiba-tiba dapat tahu dan baca blog saya. Sukar untuk saya jelaskan, tapi saya yakin sesetengah blogger faham dilema ini.



Dari dulu hingga kini. Saya selalu berharap "Janganlah kawan sekolah, kawan zaman belajar saya tahu... saya menulis blog". Sungguh, seboleh-bolehnya saya tak mahu mereka dapat tahu.



Bukan bermaksud, di "luar" saya lain. Di sini saya menjadi orang lain. Cuma, bila berhadapan, saya lebih suka menyimpan segalanya di dalam hati. Saya tidak mudah untuk meluah kalau tidak kena pada situasi dan masa.



Dan hanya di sini, di blog ini. Saya merasakan bahawa suara hati saya lebih mudah disampaikan. Di sini, saya seolah ada kekuatan untuk menyatakan apa yang saya rasa. Saya rasa lebih bebas untuk ‘bersuara’ dan berkreativiti.


Di sini, saya tidak rasa saya manusia yang invisible... hilang dalam ramai.


Adakah ini bermakna, mereka-mereka yang saya kenali melalui blog. Akan lebih mempercayai apa yang tertulis di sini berbanding apa yang saya katakan di hadapan mereka nanti?



:-)



Apapun, saya akan terus menyusun aksara di sini selagi saya punya waktu. Walaupun tidak lagi selalu seperti dulu.

3 wanna say something? :

mamai said...

pakcik tak kisah kalau kawan yang sekolah dulu tahu pakcik ada blog...lagi pun tiada apa yang nak dirahsiakan...kalau rahsia tak boleh cerita betul tak

mylife-mysin-myfate said...

kita sama...saya pun takut orang yang saya kenal baca blog saya..it more to personel

mylife-mysin-myfate said...

saya pun rasa benda yang sama..bukan tak nak bagitau..tapi ada batas untuk bagitau orang yang kita kenal