BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Sunday, February 21, 2010

...1, 2,3...(lagi)

1.Saya cuba memujuk hati, memaaf dan melupakan semua sengketa, segala-galanya terlalu perit, masih terbayang-bayang, lukanya terkesan sehingga kini, tak pernah sembuh.

Saya cuba mencari kekuatan, tidak mengendah dan lari dari kenangan. Namun, semakin saya lari semakin rasa itu menghujam diri.

.........................................................

2.Baru-baru ini muncul dia yang datang dari kenangan lepas, kami berjumpa dan dia meluahkan rasa hati, memohon maaf dan meminta simpati.

Sungguh saya benci,ingin saja saya menjerit dan memaki. Hampir menitis air mata geram menahan amarah yang tak terluah.

Tak sedarkah kamu bahawa apa yang terjadi hari ini adalah apa yang kamu lempar pada saya kelmarin.

Sekarang terimalah kamu. Ini adalah harga yang perlu dibayar diatas setiap penderitaan dan titisan air mata sengsara.


..........................................................

3.Saya percaya dalam hidup kita tiada yang kebetulan,segalanya ditakdirkan.

Saya percaya jika hari semalam kita dengan sengaja atau tidak melukakan hati insan lain. Sebentar lagi, esok, lusa atau hari-hari yang mendatang kita pasti akan melalui perkara yang sama.

Siapa kita hari ini adalah hasil dari apa yang kita 'kerjakan' semalam.


2 wanna say something? :

mylife-mysin-myfate said...

kadang2 kalau kita beralah n beri peluang ke 2..ada kalanya i2 yang terbaik..may b ada sebb dia sakiti awak..may b terpaksa..keinsafan dan ketulusan seseorang memohon maaf atas kesilapan..itulah kejujuran seseorang tu

... said...

ya...sesuatu itu jd dgn bersebab...

pertemuan kita n dia bkn kebetulan, tp sesuatu yg ditakdirkan...

kenapa?aku juga sdg tggu apa hikmahnya aku kenaldia walau stakat ini hny derita yg aku dpt