BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, March 26, 2010

... Mengapa Disini?...

Bertanya seorang teman kepada saya, mengapa di sini baru mampu saya meluahkan? Mengapa jika punyai hal-hal sedih, menyakitkan hati, atau marah yang tak terlepaskan baru saya mahu berkongsi? Adakah kerana waktu begini, waktu dihimpit duka ini saya sukar mempercayai orang-orang disekeliling saya? Atau mungkin saja saya malu mengaku kelemahan diri, takut dipandang prejudis oleh mereka yang saya kenali.


Kepercayaan terhadap orang lain dan keberanian menghadapi kegagalan memerlukan masa untuk terbina. Saya memerlukan ruang buat diri saya menenangkan hati dalam menerima segala yang berlaku, saya memerlukan tempat meluah perasaan tanpa prejudis. Tempat dimana saya tak perlu menjaga hati sesiapa, tempat saya menyatakan rasa hati saya seikhlasnya. Bukan simpati yang saya minta, cuma kebebasan dalam bersuara.

3 wanna say something? :

mamai said...

lama sungguh tidak nampak kamu disini ingat sudah hilang

tuan rumah said...

ade je pokcik, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan sebelum ni.

beautiful_rose said...

tempat utk buang segala y terpendam...