BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Saturday, April 17, 2010

... ini kali ke berapa agaknya aku bicara tentang dia, di sini? ...

Buat A.T, ini untukmu:

"Susah nak jawab apa istimewanya orang tu, bila orang tu tak lagi istimewa di hati kita..."



Aku harap jawapan itu, tidak berbaur kejam. Atau seperti tiada perasaan. Atau seperti melempar sesuatu yang ku anggap picisan. Jawapan itu adalah kejujuran. Yang sedang ku rasakan.



Dia tak pernah meminta aku menunggu, tak juga menghalang aku pergi. Aku pilih rasional berbanding emosi. Lalu ku katakan pada diri. "Cukuplah hati, aku tak mahu mengharap lagi".



Kerana sebentuk rasa yang aku persembahkan. Aku hilang dia sebagai seorang teman. Namun, untuk sesuatu yang pernah buat kita tersenyum, seharusnya tiada rasa kesal tersisa di perasaan. Benar 'kan?



Sudah lebih seribu hari, aku bebaskan dia dari keranjang hati. Aku tahu dia bahagia kini. Aku juga sudah lama menyedari. Cinta yang ku punya ini, bukan kepada dia mesti ku beri.



2 wanna say something? :

brat2104 said...

hurm.. kalau awk masih boleh menulis tentang dia, bermakna awk masih belum betul2 lepaskan dia.. xpe la.. biar la dia jadi kenangan yg terindah buat awak.

lagi pun, mesti ada hikmah kan nape awk dan dia bertemu dan berpisah?

bagus la kalau kita x mudah melupakan org dalam hidup kita. tu tanda kita amat menghargai dia. walau dalam masa yg sama, dia juga yang melukai kita..

moga, 1 hari nanti, ketabahan awk, akan terbalas dengan sesuatu yg lebih indah

bearsopan said...

setiap nafas yang ada,hadir akan kewujudan orang itu.
meniti setiap bait dan kata
nafas dan rindu
jiwa dan kalbu
semoga hilang segala hati batu