Tahun 2009 dipenghujung sudah. Semakin bermaknakah kehidupan kita?Seandainya kehidupan bertambah baik dan merasa diri lebih gembira daripada biasa. Bersyukurlah. Sekiranya sedang menerima dugaan, harap sentiasa dibekalkan kekuatan. Ada masa-masanya, kata hati perlu diturutkan, ada masanya tidak perlu diendahkan.
Saya mahu menaip lagi, tapi saya tiba-tiba rasa sebak. Apa kena mengena rasa sebak dengan jari jemari? Bila airmata bergenang, penglihatan kabur nak menaip di papan kekunci. Maka, lebih wajar berhenti di sini. Pejam mata seketika, hela nafas dalam-dalam dan pujuk hati.(Kemudian senyum semula. Berdoa agar hidup baik-baik sahaja).
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup tiada makna kecuali anda mempunyai jawapan kenapa anda menangis, kenapa anda ketawa.[ Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein - pelukis negara ]
Tuesday, November 3, 2009
... adakalanya ingin aku khabarkan semua rasa, tapi aku tak berdaya ...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 wanna say something? :
2009 tahun y byk menyakitkan HATI.......aku benci tgk diri aku menangis! pergi lah duka jgn kau ggu aku lagi!!!!
kamu perlu bersendiri mencari ketenang diri
mulakan hari2 ku dengan bahagia
Post a Comment