Thursday, February 14, 2013
Wednesday, December 12, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Monday, December 3, 2012
Saturday, December 1, 2012
Tuesday, April 3, 2012
Wednesday, August 3, 2011
Saturday, July 30, 2011
Friday, July 29, 2011
Tuesday, November 3, 2009
... adakalanya ingin aku khabarkan semua rasa, tapi aku tak berdaya ...
Tahun 2009 dipenghujung sudah. Semakin bermaknakah kehidupan kita?Seandainya kehidupan bertambah baik dan merasa diri lebih gembira daripada biasa. Bersyukurlah. Sekiranya sedang menerima dugaan, harap sentiasa dibekalkan kekuatan. Ada masa-masanya, kata hati perlu diturutkan, ada masanya tidak perlu diendahkan.
Saya mahu menaip lagi, tapi saya tiba-tiba rasa sebak. Apa kena mengena rasa sebak dengan jari jemari? Bila airmata bergenang, penglihatan kabur nak menaip di papan kekunci. Maka, lebih wajar berhenti di sini. Pejam mata seketika, hela nafas dalam-dalam dan pujuk hati.(Kemudian senyum semula. Berdoa agar hidup baik-baik sahaja).
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidup tiada makna kecuali anda mempunyai jawapan kenapa anda menangis, kenapa anda ketawa.[ Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein - pelukis negara ]
posted at 11:48 PM 3 wanna say something?
Labels: RaSa HaTi
Tuesday, October 13, 2009
... semakin ku nafi, semakin menjadi ...
Kepada hati yang rapuh, aku selalu berbisik : Hati, cukup-cukuplah terbang tinggi. Lekaslah kembali pulang ke bumi. Bukan jatuh berkali-kali yang aku takutkan. Tapi sakit dan luka jatuh yang entah bila dapat terubatkan. Apa yang selalu kamu bisikkan pada hati? Bila separuh hati mahu segalanya ternoktah di sini. Separuh lagi hati mahu mencuba sampai mati...
posted at 12:00 PM 2 wanna say something?
Labels: RaSa HaTi
Sunday, October 11, 2009
... tak mungkin kerana sayang, hanya kadangkala aku terkenang ...
Si dia melihat jam di tangan kanannya. Gadis pula sedang minum teh tarik, menikmati rasa. Pandangannya jatuh pada gelas teh tarik di hadapan si dia. Isinya masih ada separuh. Pukul berapa sekarang? Sengaja gadis bertanya. Empat puluh minit lagi, jawab si dia.Nanti awak tertinggal bas. Kata si dia itu tadi. Kalau tertinggal bas, hari ini dalam sejarah. Jawab gadis. Senyum. Kemudian mengulangi ayat terakhir. Hari ini, dalam sejarah. Si dia memandang gadis. Seperti mahu berkata sesuatu, tetapi tidak jadi. Lalu terus mengalihkan pandangan.
Stesen KTM RAWANG. Kereta saga warna merah berhenti. Namun pintu hadapan sebelah kiri masih belum dibuka. Gadis mahu mengambil peluang itu. Mengucapkan terima kasih. Untuk segalanya. Si dia mengangguk, tanda memahami. Menitip pesan beberapa baris pada gadis. Disulami kata maaf.
Gadis keluar dari kereta. Membuka pintu belakang. Mencapai beg galas warna putih. Menggalasnya di bahu kanan. Sambil tangan kirinya menutup pintu. Berjalan beberapa langkah, dia menoleh pada kereta warna merah. Si dia melambai tangannya. Gadis membalas. Kereta si dia pun berlalu pergi.
Gadis terus menuju ke kaunter tiket. Sambil berusaha menenangkan hati yang pedih. Berkali-kali dia meminta pada Tuhan. Kuatkan hati ini, Ya Allah, beri aku ketabahan. Melalui pandangan mata yang berkaca, dia melihat tren datang dari kejauhan.

posted at 3:51 PM 0 wanna say something?
Labels: RaSa HaTi





