BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Tuesday, October 13, 2009

... lalu kesunyian kembali menerpa ...

ketika itu
tiada apa yang lebih menghampakan
saat bilamana pulang dalam keletihan
mata tertancap pada screen telefon
tiada panggilan mahupun pesanan dari si dia
lalu kesunyian menggigit jiwa

.............................................................................................

ketika ini
menjerit-jerit telefon di sisi seolah-olah mahu pecah
pesanan ringkas si dia tiada satupun dibalas
hari-hari berlalu amat meletihkan tak terdaya melayan
hati menyumpah seranah lantas telefon dimatikan
lalu kesunyian kembali menerpa



0 wanna say something? :