BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, November 26, 2009

...redha...

Mengingat masa yang telah berlalu dan mengenangnya kembali kemudian bersedih atas kepedihan yang ada di dalamnya, menyesali kebodohan bahkan memendam keinginan dan menghancurkan hidup pada masa depan.

Sesungguhnya kejadian-kejadian pada masa lalu bagi orang-orang yang berakal adalah sama seperti melipat lembaran kertas dan tidak menceritakan kembali, kejadian-kejadian tersebut terkunci di dalam peti lupa, diikat dengan tali yang kuat dalam jeriji besi ketidak pedulian dan tidak akan keluar daripadanya untuk selama-lamanya.

Kenangan masa lalu tersebut tersimpan dalam bilik gelap sehingga ia tidak dapat melihat cahaya sedikit pun kerana ia telah berlalu dan berakhir sampai disitu, tidak ada kesedihan yang dapat mengembalikannya, tidak ada kegundahan yang dapat membaikinya, tidak ada kegelisahan yang dapat membenarkannya, juga tidak ada kesusahan hati yang dapat menghidupkannya kerana ia sesungguhnya sudah tiada.

Janganlah  hidup dalam bencana masa lalu dan bernaung di bawah payung kenangan masa silam, tolonglah diri untuk bebas daripada hantu masa lalu. Apakah mungkin  mengembalikan batang sungai kepada muaranya? Matahari ke tempat terbitnya? Kanak-kanak ke dalam perut ibunya? Air susu ke dalam payu dara ibunya? Air mata yang mengalir ke pipi? Sesungguhnya peasaan terhadap masa lalu tersebut, kegelisahan terhadapnya dan rasa terbakar oleh apinya serta prasangka akan bebannya membuat diri hidup terbelenggu dalam berjuta kesedihan dan kekhuatiran yang tidak ada penghujungnya.

...............................................................................................................................................................

Membaca lembaran-lembaran masa lalu adalah usaha yang menghilangkan kesempatan masa yang akan datang, yang merosakkan semangat juang dan kesungguhan, menghabiskan masa dalam kesia-siaan.

-[30 Kunci Kebahagiaan]-



9 wanna say something? :

mamai said...

usah di sesali masa yang lalu jadikan pedoman

nescafe kaw! said...

look forward...jgn pndang belakang...:-)

Seroja Jingga said...

terima kasih dik
akak sangat suka entry ni.
ia sangat perlu untuk akak.
sementelah akak baru saja dlm proses untuk hidup semula..

kamu benar2 memahami

mylife-mysin-myfate said...

tak salah untuk mengingati masa lalu kalau ianya mampu menginsafi dosa atau kesalahan masa lalu...bagus blog awak..ada jugak mengajar saya
erti kehidupan saya

Seroja Jingga said...

yang lepas jadikan pengalamman..belajarlah darinya

mylife-mysin-myfate said...

betul apa yang kamu tulis..it realy mean 4 me

nescafe kaw! said...

hargai mase yg kita ada..yg lalu biar lalu.

jurukopi said...

sejarah itu sifatnya membina. andai sejarahnya adalah runtuhan, maka kamu bina sesuatu yang baru.

;)

koi said...

sush nk lupekn ape yg dh jd..tp klu biar pendam n simpn lame2, dri sndri skit