BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Tuesday, April 6, 2010

... @ ...

Ketika jiwa rasa terusik. Saya akan mengingatkan diri bahawa rahmat, rezeki yang Tuhan berikan adalah terlalu banyak dan berbeza untuk setiap hambaNya. Setiap aturanNya bersebab.



Walau apapun yang telah saya tempuh, saya mahu hidup dengan rasa kesyukuran yang tidak putus-putus. Atas apa jua perkara yang pernah membahagiakan diri saya. Walaupun perkara itu kecil.



Kerana rasa syukur sedikit sebanyak mengurangkan rasa "kekurangan" yang tidak kena pada tempatnya. Dan dalam kelemahan jiwa, semoga kita takkan pernah putus asa, sentiasa bersangka baik kepadaNya.



1 wanna say something? :

mylife-mysin-myfate said...

kadang2 dengan rezki yang sedikit n datangnya waktu kita susah yang wat kita lagi bersyukur dengan rahmat tuhan..dari kita tengah berada dalam kesenangan yang akan berasa ego n menunjuk2 bila rezki besar masuk