BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, April 9, 2010

... mimpi yang mendampingi hati ...

November 2009



Malam itu, saya mimpi baca puisi. Di atas pentas dalam sebuah dewan. Di hadapan penonton yang agak ramai. Sesekali, seronok juga bila didatangi mimpi sebegitu. Kerana realitinya, ia tak mungkin berlaku.



Rupanya, malam yang sama. Seorang teman bermimpi sedih. "Gadis, semalam saya mimpi sedih. Saya mimpikan kekasih lama. Saya bangun dengan adanya airmata". Luahnya pada saya.



Mimpi. Kekasih. Airmata. Tiga perkara itu wujud dalam bahagia, dan derita. Membaca mesejnya, juga mengingatkan saya pada satu ayat dalam novel Jodi Picoult.


You don't have to be awake to cry.



Mimpi, adalah cantuman antara kenangan dan harapan. Kadangkala ia sepadan, namun seringkali tak sehaluan. Mimpi, medan pertemuan setelah perpisahan. Pabila suratan tak lagi upaya mendekatkan.




0 wanna say something? :