BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Friday, May 21, 2010

..."..."...

''So secretive. Maybe you had a painful past''

Begitulah dia tiba-tiba membuat kesimpulan.

Mungkin menzahirkan rasa kurang puas hati.

Apabila setiap bicaranya yang panjang itu.

Saya cuma balas ringkas dan berhati-hati.



Saya tersenyum tawar. Merenung jauh seketika.

Tetapi dia tidak nampak senyuman saya.

Kerana bicara kami - tanpa wajah, tanpa suara.



Jiwa ini, ada rasa gemuruh bila dia cuba mendeskripsi.

Seolah-olah dia dapat melihat jauh ke dalam diri.

Mengetahui segala kelemahan, rahsia yang tersimpan.

Juga catatan hati tentang impian tak kesampaian.



Maaflah, jikalau terlalu tinggi dinding hati ini terbina.

Tapi, manusia terluka mana yang hidup tanpa rahsia?

Barangkali sebenarnya tiada rahsia, cuma rasa rendah diri.

Barangkali hanya cuba 'melindungi' hati yang rapuh ini.




1 wanna say something? :

beautiful_rose said...

aku tahu kau cuba sembunyikan sesuatu.
tapi knp kau tak pernah terus terang pd aku?
aku tau kdg2 x sume hal boleh kte share.but meluahkan lbh baik dr memendam kan?