BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Wednesday, June 2, 2010

... kawan, ku peluk malam dalam diam ...



Malam. Riuh di luar. Sunyi di dalam. Aku sendiri di tepi jendela. Mata liar mencari bintang di dada langit. Tiada. Disembunyikan gemawan barangkali. Atau dikaburkan oleh biasan neon terang gemilang. Seperti ada pesta cahaya di pinggir kota. Namun hati yang gerhana, tetap gerhana. Meski ada sejuta cahaya.





Malam. Terang di luar. Kelam di dalam. Kereta berjejal di jalanraya bersiur sana sini. Dari mana, dan mahu ke mana? Begitu hati ini tertanya sentiasa. Entah kenapa itu semua harus aku ambil peduli. Terlihat pesawat terbang rendah dengan lampu merah berkelip-kelip di sayap. Pulang, atau pergi? Hati ini berteka-teki lagi.



Mengapa, dalam suasana yang selayaknya sepi tidak mungkin menguasai, masih ada hati yang merasa sunyi? Apakah hati ini punya dinding kalis bunyi? Kawan, dalam diri ini sebenarnya, ada rasa yang tak mampu diistilahkan. Riuh dan terang di luar. Sunyi dan kelam di dalam. Lalu ku peluk malam dalam diam.


0 wanna say something? :