BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Thursday, November 19, 2009

...lupakan masa silam...

Sesekali bila terasa  sunyi, ingatan pada dia mula menerjah. Muncul satu desakkan yang kuat dari dasar untuk mengenang kembali kenangan bersama si dia. Diasak pula dengan keinginan yang memeningkan, mahu mendengar kembali semua kata-kata yang pernah diluahkannya untuk saya, tentang rasa cintanya pada saya. Saya mahu dia mengulanginya. Walaupun pada saya kewajaran memikirkan hal itu berada ditahap sifar.

Jika mampu bersuara, agaknya beginilah mungkinya akan dikatakan oleh si hati:

"awak , benarkah ini  jalan takdir kita? kenapa awak memilih untuk berlalu pergi? tidak ada peluangkah untuk kita? bukankah pilihan bahagia ada ditangan kita? kenapa memilih menyeksa diri sedang diri di amuk rasa rindu yang tak terluahkan, bila sayang mula berputik dan rasa cemburu terbit bilamana yang lain mendekati saya? kenapa berpisah jua yang dipilih?"


Saya sering tertanya-tanya, di manakah dia ketika ini. Apakah yang dilakukannya? Sudah makan atau belum? Berapa kalikah dia teringatkan saya dalam sehari ini? Saya memujuk hati menerima hakikat bahawa dia sudah tidak lagi bersama saya. Namun neuron saya enggan bertindak balas dengan saraf dalam memahami hakikat. Saya lebih senang mereka-reka cerita yang indah-indah tentang kami (sekadar memujuk hati).

Segera saya berkata pada hati " Wahai hati,sudah-sudahlah bermimpi, terlewatkan kehilangan peluang dihadapan yang ditelan kesiangan".

Perasaan ini seolah-olah begitu misteri.  Misteri yg tidak terungkap. Muncul tanpa mempedulikan hakikat siapa saya lagi, dan siapa dia sekarang ini. Saya terus mengingat. Sungguh saya merindui suaranya, gelak tawanya yang pernah saya simpan jauh di sudut hati. Ingin sekali saya mendengar kata-kata cintanya terucap lagi buat saya.

Tuhan ciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, mengikis, menghapus, melupus, ia tetap kekal disitu. Sungguh saya mengaku bagi wanita yang sememang hatinya lembut, begitu sukar  menghilangkan perasaan ini. Hanya pada Tuhan tempat saya bermohon, berikanlah saya ketegasan dalam santunnya budi dan kekuatan dalam kelembutan hati.

*Perumpamaan "Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor" memang ada benarnya, namun bagi saya, hati  hanya satu, ruangannya sangat terhad dan mengambil masa untuk di isi dengan yang baru.

 ............................................................................................................................................................

[Terasa hilang momentum untuk menaip, mengantuk yang teramat sangat,  kata-kata banyak yang menyimpang dari trek, tapi demi kawan ku [aT] ku gagahkan jua menulis, buat aT, senyum-senyum selalu :)]



2 wanna say something? :

mamai said...

usah di lupakan tapi jadikan pedoman dan pengajaran dari kisah silam

beautiful_rose said...

kau ingt sape...kau sorok sesuatu dr ak........