BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Tuesday, November 17, 2009

...tasik hati...

Tadi:  Saya terganggu dengan ungkapan maaf dari seseorang. Bukan egois, cuma terfikir betapa murahnya kata-kata maaf sehingga pengucapannya tidak disertakan dengan nilai.

Bagi saya maaf perlulah dilengkapi dengan rasa insaf yang tinggi. Bukan sekadar datang, melukakan, berlalu, kembali, melukakakan, meninggalkan dan terserempak ditengah jalan tersengih sambil mengucap maaf. Untuk apakah ini? Maaf diungkap sekadar memulakan bicara? Cuba membuktikan dirimu naif tak bersalah? Atau mungkin saja maaf adalah 'trend' kamu untuk memerangkap perempuan-perempuan ini sekali lagi?

Ketahuilah kamu bahawa saya tidak memerlukan semua ini. Ada dosa yang tidak termaafkan, dan bagi saya, bila saya sudah sudi melupakan jangan kamu cuba mencetus, menyelongkar, membongkar. Biarkan saja ia terkambus tak bernesan.

Pergi saja kamu dari hidup saya. (bukan menghalau cuma menghormati permintaan kamu sebelum ini) Dan jika ditakdirkan nantinya perjalanan kita bersilang dan bertembung di suatu titik, percayalah bahawa saya akan lebih menghargai jika kita tidak saling berpandangan.


Sekarang:  Saya sedang berkira-kira akan langkah perjalanan dihadapan, ingin saya hiasi dengan rasa syukur.

Dia berikan saya hujan dalam hati dengan janjiNya pelangi, dan saya sedang menikmati indahnya pelangi.

Dia bekalkan saya ujian dengan penawar ketabahan.

Dari kejauhan cahaya perjalanan sudah kenampakkan, sepenuh kekuatan saya melangkah. Kini saya kembali tersenyum. :)


* Selama mana ketenangan tasik pun  tetap terkocak jika yang dilemparkan adalah batu.



2 wanna say something? :

mamai said...

bila maaf hanya di mulut tidak di hati maka tiada makna

dino said...

jangan hanya kerana satu sebab semuanya tergelam ke dasar.

manusia sentiasa belajar dari kesilapan.